Thursday, August 27, 2009

sekadar renungan...

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!



PERTAMA.Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.


KETIGA.Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.


KELIMA.Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.


KEENAM.Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH.Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN.Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS.Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.



KELIMABELAS.Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:1. Rasa hormat pada diri sendiri;2. Rasa hormat kepada orang lain;3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.



KESEMBILANBELAS.Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.



KEDUAPULUH SATUAda ketikanya anda perlu bersendirian.

Monday, August 24, 2009

teknik baru perogol...

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil.Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk"mencuci" haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol,sebagai dadah "Dating" dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.Prodesterex asalnya adalahuntuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.